Limited Edition Instant White Rice
Limited Edition Beras Putih Halus
70g Per Pack
Maklumat Produk
• Tekstur halus (seperti bubur masak atas dapur).
• Sesuai untuk 6 bulan ke atas.
• 100% beras putih/perang jenama Bernas.
• Dikeringkan melalui kaedah ‘food dehydration’ bagi mengekalkan nutrisi, warna dan rasa asli.
Cara hidangan
1. Cuci tangan sebelum menyediakan makanan. Pastikan juga semua alat dicuci bersih.
2. Tuang 2-3 sudu Bubur Beras Putih/Perang Segera ke dalam mangkuk.
3. Tuang 160ml air panas ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
4. Nikmati dengan selesa.
• Boleh dicampur bersama :-
– Serbuk Buah/ Sayur IZZLY
– Serbuk Perasa Ayam/ Bilis IZZLY
– Biskut Mudah Cair IZZLY
– Sup Kegemaran Bayi
– Puri Segar
– Susu Ibu/ Susu Formula
– Coklat Cair (bayi 2 tahun ke atas) –
gaulkan dengan Bubur Kasar Beras Perang seperti Choco Jar
Cara penyimpanan dan ketahanan produk
• Letakkan pada suhu bilik.
• Simpan dalam bekas bertutup.
• Gunakan sudu yang kering ketika menyeduk beras.
• Tarikh luput:-
Anggaran 12 bulan selepas tarikh pengeluaran. Ketahanan produk boleh dipanjangkan sekiranya tiada kulat atau berbau tengik.
p/s:
• Jumlah hidangan adalah berbeza mengikut umur dan selera.
• Sekiranya bayi sudah ada gusi keras/ tumbuh gigi boleh diberi bubur kasar ini lebih awal.
• Pastikan bayi anda sudah boleh mengunyah makanan pejal untuk mengelakkan berlakunya tercekik!
.. BERAS PERANG vs BERAS PUTIH ..
YANG MANA LAGI BAGUS? 🤷♀️
Dua-dua bagus dan ada kelebihan masing-masing 🧡🤍
🧡 BERAS PERANG
‘LEMBUT’ pada perut. Sangat sesuai dijadikan first solid food untuk bayi yang baru nak mula makan makanan pejal. Ia bagus untuk penghadaman. Kandungan serat yang tinggi dalam BERAS PERANG boleh mengurangkan masalah sembelit bayi anda. Bubur nasi BERAS PERANG mempunyai aroma yang unik dan boleh menaikkan selera anak tau! 🤤🤤
🤍 BERAS PUTIH
Sangat membantu menaikkan berat badan bayi. Kandungan kanji yang tinggi dalam BERAS PUTIH sangat mengenyangkan. BERAS PUTIH juga mengandungi kalori yang lebih tinggi berbanding beras perang. Untuk bayi yang tiada masalah penghadaman dan ingin menaikkan berat badan, BERAS PUTIH adalah pilihan yang tepat! 🥳🥳
Tapi tapii tapiii nak cuba dua-dua sekali, selang seli pun tak ada masalah. Anak pun tak mudah bosan 💃💃






Reviews
There are no reviews yet.